JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut selepas terjun dari tingkat sembilan Blok E Apartment Greenfield Regancy, Tampoi, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.30 petang sebelum bergegas ke lokasi berkenaan.
Menurutnya, kanak-kanak itu terjun dari tingkap rumahnya selepas dimarahi ibunya.
“Siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa yang merajuk dan mengurung diri di dalam bilik akibat ditegur ibunya kerana buat bising di rumah.
“Bagaimanapun, ibunya tidak menyangka tindakannya itu menyebabkan anaknya nekad terjun dari tingkap rumah,” katanya hari ini.
Sumber Malaysia Response Team


No comments:
Post a Comment