Wahai mak-mak dan golongan para isteri jangan pandang ringan, sambil lewa dan mengabaikan Rukun Islam kedua ini.Mendirikan solat adalah suatu kewajipan dan meninggalkan dengan sengaja merupakan satu dosa besar. Ini kerana betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sehingga dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.
“Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tetapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.
Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air itu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
-
Kesan Air Tangan Menyentuh bab air tangan, sebaiknya sebagai seorang isteri dan ibu, peliharalah solat kita.Kita yang selalu menyediakan hidangan buat suami dan anak-anak.Jika lalai menunaikan solat, kesannya umpama menyediakan ‘air kencing anjing hitam’ buat keluarga seperti pengajaran kisah diatas.Ia juga boleh memberikan kesan yang sangat besar pada suami dan anak-anak, menjadi punca gelap hati, tidak mendengar kata dan sering bergaduh.
Jika sesekali ingin bawa keluarga makan di luar, berhati-hatilah dalam memilih makanan. Bukan sahaja pastikan pilih gerai yang bersih tapi perhatikan juga suasana kedai dan tukang masaknya.Gerak hati kita dalam ‘melihat’ dan ‘membaca’ jika seseorang itu menjaga solatnya.
Waspadalah apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wamalakat aimanukum”.
Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”
Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditanya di neraca Mizan kelak.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sumber: Detik Islam
No comments:
Post a Comment