Salah satu sebab saya aktif di media sosial adalah untuk memudahkan interaksi antara saya dan rakyat tanpa sebarang protokol. Saya gembira saya berpeluang untuk mempengaruhi rakyat dengan nilai-nilai positif berkenaan Johor dan dari semasa ke semasa, mengingatkan rakyat betapa pentingnya untuk kita kekal muafakat dalam memastikan Johor terus maju ke hadapan.
Saya juga ambil maklum akan aduan-aduan yang diutarakan kepada saya melalui akaun-akaun media sosial merangkumi pelbagai aspek kehidupan daripada isu perumahan, bantuan kebajikan, pendidikan atau pun infrastruktur. Insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik untuk bantu sesiapa yang memerlukan.
Selain itu, saya juga ingin menggesa semua pihak untuk turut menggunakan platform aduan awam yang disediakan kerajaan negeri bagi membantu menyelesaikan aduan-aduan rakyat di Johor. Platform ini adalah satu inisiatif yang baik untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam negeri Johor.
http://johor.spab.gov.my/eApps/system/index.do
---
USE THE JOHOR PUBLIC COMPLAINT MANAGEMENT SYSTEM
One of the reasons I am active on social media is to help me interract with the people without any protocol. I am glad that I have the opportunity to influence the people with positive values regarding Johor and from time to time, remind the people of the importance of us being together in ensuring Johor keeps moving forward.
I am also aware of the complaints brought forward to me through social media accounts, ranging from various aspects such as housing issues, welfare aid, education or even infrastructure. Insya-Allah I will do my best to help anyone in need.
Apart from that, I also want to urge all parties to use the public complaint platform that is provided by the state government to help address complaints from the people of Johor. This platform is a good initiative to improve the efficiency of the Johor public sector.
http://johor.spab.gov.my/eApps/system/index.do
No comments:
Post a Comment