Tetapi, tidak semua lelaki berpendapat sedemikian, malam memelihara janggut juga memberi manfaat kepada mereka. Sesetengah wanita juga berpendapat bahawa lelaki yang memelihara janggut nampak lebih matang dan bergaya.
1. Kebaikan dan kelebihan lelaki yang ada membela janggut
Ramai wanita berpendapat bahawa lelaki yang menyimpan janggut lebih menampakkan kelakiannya, malah nampak lebih hensem dan berkarisma. Menyimpan janggut juga membuatkan penampilan nampak lebih soleh dan selalunya lebih diminati perempuan.
2. Lelaki berjambang lebih bergaya
Lihat saja pelakon kacak yang berjambang seperti Ben Affleck, Keanu Reeves, George Clooney, Ryan Gosling, David Beckham, Justin Timberlake, Ryan Reynolds, Brad Pitt dan banyak lagi. Penampilan mereka nampak bergaya walaupun hanya memakai t-shirt sahaja.
3. Lelaki berjambang misteri
Percaya tak jika kami katakan, tiada siapa dapat membaca emosi lelaki yang berjambang kerana wajah mereka terlindung. Apa yang pasti lelaki berjambang memang seksi.
4. Tak reti main alat muzik pun tak apa
Lelaki berjambag tidak perlu mempunyai bakat untuk main alat muzik. Pegang gitar je dah buatkan wanita cair.
5. Lelaki berjambang bijak
Sejak dulu lagi, ramai tokoh penting dan para ilmuwan mempunyai jambang. Sebagai contoh Abraham Lincoln, Alexander Graham-Bell, dan Leonardo Da Vinci, mereka semua berjambang kan?
6. Lelaki berjambang lebih maskulin
Wanita sukakan jambang lelaki yang tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Bagi wanita, lelaki berjambang kelihatan lebih maskulin dan gagah.
7. Lelaki berjambang nampak lebih dewasa
Jika anda ada boyfriend yang berjambang, cuba lihat gambar mereka sebelum menyimpan jambang? Nampak lain dan seperti budak sekolah.
Gambaran sahaja..
Lelaki memiliki janggut juga dilihat telah mencontohi fizikal tokoh-tokoh terdahulu dan juga mengikuti sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Janggut ini sunnah & Nabi Muhammad sangat sukakan lelaki berjanggut.
Kelebihan dari segi kesihatan bagi yang memelihara janggut:
- Janggut melindungi kulit, juga melindungi kelenjar sebum dari dijangkiti oleh bakteria jerawat, Vulgaris, sekaligus mencegah jerawat/bintik hitam!
- Memastikan wajah anda sentiasa hangat dan melindungi dagu anda dari bahaya (jatuh dan sebagainya)
- Mencegah dari mendapat risiko penyakit berkaitan tekak dan gusi.
- Kebanyakan masalah pernafasan dapat dicegah dengan memelihara janggut.
Sumber: masammanis3366
No comments:
Post a Comment