Panggil pasangan bodoh, pengantin bercerai beberapa minit selepas diijab kabul - Olaah News
Responsive Ads Here
Panggil pasangan bodoh, pengantin bercerai beberapa minit selepas diijab kabul

Panggil pasangan bodoh, pengantin bercerai beberapa minit selepas diijab kabul

Share This
Insiden itu berlaku awal minggu ini tetapi mendapat perhatian meluas selepas kes tersebut tular di Twitter. - Gambar hiasan.
KUWAIT CITY: Sepasang pengantin baharu tidak sempat menikmati malam pertama apabila bercerai beberapa minit selepas diijab kabul.

Insiden itu berlaku awal minggu ini tetapi mendapat perhatian meluas selepas kes tersebut tular di Twitter.
Portal Q8 News melaporkan bahawa kedua-dua mempelai memutuskan untuk berpisah, sebelum keluar dari kamar mahkamah di mana mereka baru menandatangani dokumen perkahwinan mereka.

Menurut sumber, pengantin perempuan kecewa selepas pengantin lelaki menghinanya kerana tersandung semasa berjalan keluar dari kamar mahkamah.

Ketika itu, si mempelai lelaki bukannya menghulur tangan sebaliknya memanggil pasangannya bodoh.

Reaksi lelaki tersebut telah menimbulkam kemarahan wanita itu yang masuk semula ke kamar mahkamah dan menuntut perceraian.

Insiden tersebut digelar sebagai "perceraian paling cepat di Kuwait." - Agensi

Sumber-awani


No comments:

Post a Comment

Responsive Ads Here