Polis berjaya memberkas 16 ahli kumpulan kongsi gelap termasuk ketuanya selepas menculik seorang ahli perniagaan warga tempatan hujung bulan lalu sebaik menerima wang tebusan lebih RM1 juta.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd berkata, semua suspek terdiri daripada 13 lelaki dan tiga perempuan berusia 21 hingga 59 tahun ditahan sekitar bandar raya Johor bahru bermula dari mangsa dibebaskan.
Katanya, siasatan mendapati enam daripada yang ditahan adalah ahli kongsi gelap "Gee Tiong Seng" termasuk ketuanya dan kumpulan "Ah Hor"
Usahawan itu diculik ketika sedang berjoging bersama seorang rakannya di kawasan tangki air di Jalan Gelang Patah pada pukul 7 pagi, 27 Januari lalu oleh dua lelaki yang memakai topeng dan membawa senjata api.
Sumber: tv3 pdrm
No comments:
Post a Comment