Pemergian Muhammad Ali Kehilangan Besar Buat Negara - Olaah News
Responsive Ads Here
Pemergian Muhammad Ali Kehilangan Besar Buat Negara

Pemergian Muhammad Ali Kehilangan Besar Buat Negara

Share This


JOHOR BAHRU 31 Okt. – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan pemergian bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebagai satu kehilangan besar kepada negara.
Sambil merakamkan ucapan takziah bagi pihak rakyat Johor, beliau yang juga Pengerusi JCorp berkata, keupayaan dan sumbangannya tidak boleh dinafikan hingga ke hari ini.
“Beliau telah menerajui JCorp selama lebih 28 tahun dan di bawah kepimpinannya, JCorp berjaya dibina hingga menjadi antara konglomerat utama negara.
“Allahyarham merupakan tokoh korporat dan usahawan Melayu kelahiran Johor yang berwibawa dan banyak berjasa,” katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.
Bekas tonggak utama JCorp itu meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur akibat kanser hari ini.
Mohamed Khaled berkata, Allahyarham banyak menyum­bang bakti dalam pembangu­nan prinsip perniagaan Islam.
“Ini telah memberi impak positif yang cukup signifikan bagi memajukan prinsip tersebut antaranya melalui instrumen Wakaf Korporat,” ujarnya.
Sementara itu, anak Allahyarham, Alia Muhammad Ali berkata, ayahnya menghembuskan nafas terakhir sewaktu menerima rawatan di Hospital Pakar Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara selepas solat isya malam ini. – Utusan Online
Responsive Ads Here