Bom meletup juga akhirnya... - Olaah News
Responsive Ads Here
Bom meletup juga akhirnya...

Bom meletup juga akhirnya...

Share This


BOM jenis Aeril seberat 200 kilogram dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua yang ditemui di Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh, Kluang, Isnin lalu mengambil masa empat hari untuk dimusnahkan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, usaha meletupkan bom sepanjang 1.5 meter itu sudah dilakukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Khamis.

Bagaimanapun, katanya, percubaan hari pertama gagal menyebabkan ia diteruskan sehingga tiga hari berikutnya..

“Hanya pada 3.30 petang, hari ini barulah bom buatan British ini berjaya diletupkan dengan impak paling minimum dan tiada sebarang kecederaan.

“Siasatan mendapati bom berkenaan mengandungi Minol iaitu satu bahan letupan yang sangat membinasakan ketika itu selain komponen aluminium yang mampu meluaskan kadar letupan.

“Tugas untuk meletupkan bom ini adalah yang paling lama dan menggunakan pegawai serta anggota paling ramai pernah dihadapi UPB,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Abduh berkata, kesempatan itu turut dimanfaat kakitangan UPB sebagai latihan dalam perkhidmatan bagi menambah kemahiran pegawai serta anggota.

Katanya, pihaknya berterima kasih kepada semua yang terbabit secara langsung atau tidak dalam usaha memusnahkan bom berkenaan.

“Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Berita berkaitan

No comments:

Post a Comment

Responsive Ads Here