ELAKKAN PERKHIDMATAN DAN PRODUK YANG TAK BERLESEN - Olaah News
Responsive Ads Here
ELAKKAN PERKHIDMATAN DAN PRODUK YANG TAK BERLESEN

ELAKKAN PERKHIDMATAN DAN PRODUK YANG TAK BERLESEN

Share This


Pada 9 November 2018 lalu, saya telah berkongsi mengenai produk pemutihan kulit dan obsesi orang ramai terhadap penggunaan produk-produk tersebut.

Saya telah menasihatkan agar khalayak ramai berhenti membeli produk-produk ini dan berbangga dengan diri sendiri tidak kira apa warna kulit anda.

Dan tidak lama dahulu, saya turut terbaca satu berita mengenai wajah seorang wanita yang melecur tahap 3 kerana menggunakan perkhidmatan ‘mobile spa’.

Sekarang, saya dapati perkhidmatan spa tanpa lesen semakin berleluasa kerana orang ramai semakin obses dengan kecantikan paras muka. Tidak salah jika kita mahu menjaga rupa dan kecantikan tetapi ingat bahawa keselamatan dan kesihatan adalah lebih penting.

Saya juga kecewa kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dan membelakangkan keselamatan dan kesihatan orang ramai.

Saya telah menyatakan pendirian saya sebelum ini dan saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa janganlah sekali-kali menggunakan perkhidmatan atau produk yang tidak berlesen demi keselamatan dan kesihatan anda. Elakkan daripada menjadi mangsa. Sayangi diri anda sebab anda sememangnya cantik/tampan.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

---

AVOID UNLICENSED SERVICES AND PRODUCTS

On 9 November 2018,  I shared about skin whitening products and the obsession of many towards the use of these products.

I have advised the public to stop buying these products and to be proud of yourselves regardless of the colour of your skin.

And not too long ago, I also came across the news about a woman's face suffering third degree burns due to services provided by a mobile spa.

Now, I find that unlicensed spas are mushrooming because people are getting more obsessed with facial beautifying. It is not wrong if we want to care for our looks and beauty, but remember that safety and health are more important.

I am also upset that certain irresponsible quarters are taking advantage and disregarding the safety and health of the people.

I have stated my stand before and I would like to stress once again to not at any instance use unlicensed services or products for the sake of your safety and heath. Avoid being a victim. Love yourself because you are beautiful/handsome.

HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

No comments:

Post a Comment

Responsive Ads Here