DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan meluangkan masa meninjau persiapan majlis BBQ.
Majlis itu yang diadakan di Istana Bukit Serene sempena sambutan ulang tahun keputeraan YAM Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim pada hari ini (5 Februari).
Majlis turut diserikan dengan keberangkatan Keluarga DiRaja Johor dan tetamu jemputan yang lain termasuk kakitangan Istana antaranya juruterbang peribadi DYMM Tuanku Sultan, pegawai Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan mekanik.
#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor
Sumber : royalpressoffice
No comments:
Post a Comment